1001 KISAH TELADAN
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari
Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan
Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka
orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah
yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu
juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah
membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an
mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu
orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian
dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang
muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat
ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini
semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua
kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
KISAH LIMA
PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang
ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan
bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi
dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima
wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke
barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka
makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan
engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar
dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah
sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu
yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke
bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu
pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis
bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan
perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan
arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah
lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba
mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga
tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku
telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya
tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat
ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba
dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.
Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah,
tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya
merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam
bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri
Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku
mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan
harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan
dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi
kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan
untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung
kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan
perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat
busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu
bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka
kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia
berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana
yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya
ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh
Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada
mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat
mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada
madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi),
walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah
menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika
orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya
meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah
(menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk
berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini
hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa
sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita
elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang
itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal
seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan
di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang
tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya
pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini
adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini
haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi
kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah
kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz,
"Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah
lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah
Al-Qur'an
· tanggunglah
dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan
engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan
engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan
engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan
engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu
yang tidak baik.
· Jangan
engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan
engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan
engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan
dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
"Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang
lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia
adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang
(menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit
tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah,
siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat
terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan
serta diringankan oleh Allah S.W.T."
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang
boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi
Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan
Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya
kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran
dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan
nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi
Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang
diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi
Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang
penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi
salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia
keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya
dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi
Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan
dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium
kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali
lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium
dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan
Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama
Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata
pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh
kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa
mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal
lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi
babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada
Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka
menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.",
tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu
kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu
di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu
Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud
: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka
Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka
telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak
yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke
syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan
ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun
perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga
mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil
hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang
mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun
kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua
ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan
bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada
kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat
yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah
alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA
IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah
setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu
sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya
dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di
tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan
oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya
itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada
suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia
berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
KISAH BUMI DAN LANGIT
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan
Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada
langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah
menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai,
tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga
lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah,
buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit,
ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan
dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit,
sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan
kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta
kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia
menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa,
apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah
S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang
yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat
menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad
Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan
kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan
langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam
tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan
engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah,
apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya,
"Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq
dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia
melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah
masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S.
terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis,
ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail,
sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik
nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu
kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api
kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan
menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana
dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang
membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
KISAH NERAKA JAHANNAM
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa
sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak
pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu
terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api
dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api,
pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa
pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang
itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat
70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap
kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada
setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa
pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja
pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka
di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas
kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang
akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,
"Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya
Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu
neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada
setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat
penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah
At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat
yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara
pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu
mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada
padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali
pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
TUJUH MACAM PAHALA YANG
DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh
macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa
yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh
orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa
yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa
yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang
yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa
yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
6. Mereka
yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang
mempelajarinya.
7. Orang
yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang
tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni
anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan
mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi
pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah
S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka
terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah
yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu
yang berguna dan diamalkan.
3.
Anak
yang soleh yang mendoakan baik baginya.
KISAH KELEBIHAN
BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI
TERSEBUT
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah
S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram)
maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang
berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang
berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa
yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan
menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan
kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka
seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka
puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah
S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura
daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya,
memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim
juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api
juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima
taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud
pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada
hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
KISAH NAFSU YANG DEGIL
PADA PERINTAH ALLAH
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin
Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad
ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan
akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah
engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi
yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang
daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan
nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah
kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah
S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah
Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah
Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya
dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah
Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah
Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu
dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu
adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa
dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui
bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu
itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita
maka kita akan menjadi musnah.
MANUSIA
BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata,
" Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di
sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di
sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu
meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi
syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh
menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat
keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah
mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan
iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka
hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka
hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang
akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka
hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi
ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia
memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia,
sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa
berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
5 WASIAT
DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada
waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana
sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah
kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka
itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana
sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata,
"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu
adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang
berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata,
"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat
kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat
kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu
harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan
sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup
hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim
janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan
sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
HIKMAH
MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah
datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.
Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah.
Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji
bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji"
jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum
lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat.
Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah
dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan
itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari
menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak
meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya
terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat.
Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau
berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak
berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali
pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong
kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya
jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.
Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah
yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan
hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang
kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak
baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup
seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah
berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
BATU-BATU
YANG ANEH
Dalam sebuah hadis
menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia
berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat
haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di
Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf
di padang
Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat
dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih
belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'.
Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata
pada batu itu :
· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku
bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh
Allah."
Setelah dia berkata begitu
dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah
kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat.
Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh
Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam
neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada
pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil
yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak
sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu
menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia
pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu
tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana
batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh
pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang
bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga
untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu
neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang
mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu
daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di
situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang
engkau kumpulkan di padang
Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan
hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu.
Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik sahaja dia menghampiri
pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci
syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
10 PESANAN
ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.
Abul-Laits Assamarqandi
meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah
S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran
a.s. dalam alwaah 10 bab :
· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun
bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang
musyrikin.
· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku
peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan
kamu dengan penghidupan yang baik.
· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali
dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan
semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau
durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan
tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku
berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak
kehendak-Ku, membenci kepada
pembahagian yang Aku berikan
kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut,
maka bukan daripada-Ku.
· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau
ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab
Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu
sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit
daripadanya.
· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku
tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau
suka terhadap dirimu sendiri.
· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan
hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi :
"Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi
Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."
SEORANG ANAK
MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA
Ketika Rasulullah S.A.W
memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang
Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni
Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu
menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk
membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada
anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di
rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi
Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka
lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di
rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai
ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata
kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah
mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang.
Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau
rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata,
"Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang
baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi
Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan
mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali
melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian
menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati
syahid.
Setelah itu Khaitsamah
berangkat menuju medan
pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah
akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, "
Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia
yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu
berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah
menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya
di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah,
Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
AWAN
MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT
Diriwayatkan bahawa seorang
tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu
mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang
jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si
tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan
langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun
sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si
tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar,
tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau
takut kepada Allah sedangkan aku tidak."
Dia pulang sambil bertaubat.
Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh.
Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka
berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu
untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu
ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di
rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti
tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu.
Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau
lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang
tak seorang pun berada di situ."
AYAT KURSI
MENJELANG TIDUR
Abu Hurairah r.a. pernah
ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan.
Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran
Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil
ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu
kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri
itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek :
"Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya
sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun
dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin
? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu
Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau :
"Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya
Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan
makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia
kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata
Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W
berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun
ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan
seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu
kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan
pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga
saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu
Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan.
Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun
bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi
Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan
kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah
berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan
perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri
disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu
benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil
menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya
sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal.
Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan
Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!"
katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan
sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri
longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi,"
katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di
hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri
itu. Ada
semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya
kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi
ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu
memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat
difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus
asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan
beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah
itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak
tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu…..
Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah,
dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun
dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai
jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia
kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar
biasa tadi malam. Ada
seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh
tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan
segalanya.
"Ia mengajariku beberapa
kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu
Hurairah.
"Kalimat apakah
itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu
tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu…..
Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau
membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati
syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu
Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun
sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :
"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam
itu?"
"Entahlah." Jawab
Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."
PERCAKAPAN
MUSA A.S DENGAN TUHAN
Musa A.S: Oh Tuhan, ajarilah
kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha
Illlallaah ha Musa.
Musa A.S: Oh Tuhan, semua
hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan
langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh
ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha
Illallaah.
Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari
hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari
Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah
lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis
sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah
Laa Ilaaha Illallaah.
JENAZAH
BERUBAH MENJADI BABI HUTAN
Seorang anak mendatangi
Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W
yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis
wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada
seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang
akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak
itu.
Segeralah Rasulullah
memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa
terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan.
Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri
Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan
itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya
dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika
jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu,
Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama
hidupnya.
"Ayahku tidak pernah
mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah
bersabda kepada para sahabatnya, "Para
sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat
selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
MINUM ARAK PUNCAK SEGALA
KEJAHATAN
Dosa manakah, minum minuman
yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah
Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam
khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr
atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan
sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli
ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman.
Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati,
lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya,
tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh
bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang
diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi,
dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang
lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan
membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah
hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan
perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh
manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan
mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya,
ia akan kekal di neraka."
KASIH SAYANG
ALLAH S.W.T
Seorang lelaki dikenal sangat
giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap
kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan,
setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya
selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab
Allah.
"Tuhan, lalu di mana
balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di
dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka
hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku,"
jawab Allah.
ALLAH S.W.T.
MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
'Amir bin Said dari bapanya
berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah
berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau
masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut
solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W
berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa
maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :
"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara
itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya
ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku
ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya
umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar
yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan
oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya
umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan,
pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan
(telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini
ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini
orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang,
apakah ini cantik kita melihatnya ?
KISAH
BINATANG YANG BERNAMA HURAISY
Dikisahkan dalam sebuah kitab
bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari
neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara
langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka
malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu
hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy :
"Aku mencari lima
jenis orang ."
1. Orang yang tidak
mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu
mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai
kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum
arak.
5. Orang yang sangat suka
bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
10 JENIS
SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :
1. Orang lelaki yang solat
sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang
mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Orang
lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang
melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum
arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang
suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang
mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang
sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka
makan riba'.
10.
Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah
mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
12 AZAB BAGI
MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Dalam sebuah hadis
menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang
mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan
yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini
antaranya :-
· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu
juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah
ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus
walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan
dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar
dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya
berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari
kiamat, antaranya :
· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
KISAH TEMPAT
TINGGAL RUH
Abu Bakar r.a telah ditanya
tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar
r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-
· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga
Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga
sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara
tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah
S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh
para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.
KISAH
KELEBIHAN BERSELAWAT ATAS RASULULLAH S.A.W
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah
berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap
hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. :
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari
telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. :
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku
tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta
kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat
memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas
Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan
ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke
atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang
kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
MAYAT BANGUN
DARI KUBUR
Jika Nauf boleh menghidupkan
kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh
menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang
diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir,
walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah
mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat
menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau
hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa
ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu,"
jawabnya.
"Cuba hidupkan
Sam dan Nuh," kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke
makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada
Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat
yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala
dan rambutnya sudah memutih.
Begitu melihat keduanya hidup
kembali, Isa bertanya, "Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,".
Keduanya lalu menjawab bahawa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat
sudah tiba. "Berapa lama kau sudah meninggal?" tanya Isa. "Empat
ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku."
Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.
SUARA
SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN
SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI
adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan
kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat
dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.
Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang
diri. Dalam mengharungi padang
pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah
bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya
diselimuti awan di atasnya.
Saat itu diceritakan
terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana
ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama
ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi
suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif,
Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma
syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata :
"Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih
mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada
Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang
diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah
digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.
HIKMAH BERBAKTI KEPADA
KEDUA IBU BAPAK
Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga
seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis
dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala
binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi
hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang,
ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin
Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari
permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan
ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata
dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah
gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman
membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda
tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin
atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab
pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi
karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu
menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh
tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan
tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia
pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan
anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki
dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak
di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku
berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari
permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke
dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh
berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di
dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui
lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku
tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap
memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan
kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah
menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa
haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan
lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui
perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin
hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka
kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang.
Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah
malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa
kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap
tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada
kedua orang tuanya.
KAMAR-KAMAR DI SYURGA
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa
di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang
dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat
pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang
tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai
Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan
menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan,
dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia
lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu
memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang
memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu
bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang
solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang
yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi
menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
KELEBIHAN UMAT
RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah
berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad
S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku
hanya diterima di kota
Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat
oleh Allah S.W.T.
· Pada
mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat
derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika
aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku
dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak
memisahkan isteri mereka.
· Memang
benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan
dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke
dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
KISAH SEEKOR ULAT
DENGAN NABI DAUD A.S
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali
menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam
suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor
ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada
dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata
begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah
itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah
S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi
wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam
sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian,
maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu
katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan
kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut
kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada
Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila
mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan
bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada
zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi
hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah
kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita
tumpangi ini.
KISAH PEMUDA YANG
BERNAMA 'UZAIR
Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki
kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah
terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam
ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati
keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya
tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada
di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya
sendiri.
Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu
dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi
rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat
manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan
pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa
dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian
dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi
melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia
yang sudah busuk itu.
"Bagaimana orang-orang yang sudah
mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?"
begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya
sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur
itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah
meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam,
tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun
lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di
sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang
telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah,
manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad
(tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya
sudah hancur lebur berderai.
Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati,
daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada
bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair
hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun
dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang
dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah
beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama
engkau tidur?"
Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab,
"Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."
Lalu malaikat pun berkata kepadanya,
"Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah
engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai
dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan
engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri
pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."
Berkata malaikat lagi, "Lihatlah
dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat
menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang
sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan
semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili
segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman
engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain
supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang
apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."
Setelah 'Uzair melihat makanan dan
keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang
tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu."
Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan
daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup
kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun
berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas
segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus
menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar
untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa
yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai
kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di
situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya
telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia
ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah
tuan 'Uzair?"
"Ya," jawab perempuan itu.
"Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada
didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya
sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata
perempuan itu sambil menitiskan airmata.
'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair
dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan
sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."
Perempuan tua itu terkejut seakan-akan
tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang
paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di
dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambunya lagi, "Saya ini
adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun
buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka
cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat
melihat tuan."
"Uzair pun mendaha kedua belah
tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua
itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua
dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah
'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat."
Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang
ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang
pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.
Berita itu bukan sahaja mengejutkan
bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya.
Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika
itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak
kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya
mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah
dia 'Uzair."
Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu
percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan
bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak
penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera
tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang
hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan
sebutkan isi Taurat yang betul."
'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu
persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit.
Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair.
Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati
dan dihidupkan semual oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan
mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi
sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan
pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana
semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang
kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya
itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang
menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah,
ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an,
was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.
Allah S.W.T telah meletakkan komputer
dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.
TANDA-TANDA KIAMAT
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,
sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada
kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang
membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh
tanda :
· Asap
· Dajjal
· Binatang
melata di bumi
· Terbitnya
matahari sebelah barat
· Turunnya
Nabi Isa A.S
· Keluarnya
Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana
di timur
· Gerhana
di barat
· Gerhana
di jazirah Arab
· Keluarnya
api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang
tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal
boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa
dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis
perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia
akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia
akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya
seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai
Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara
dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat
Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan
tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu
'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang
kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di
menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan
menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar,
mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan
besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan
oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak
terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak
akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "
Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar,
sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah
menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya
diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli
mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di
suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya
bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan
masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang
yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul
fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila
harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian
bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti
pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya,
menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya,
suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik,
oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan
kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu
hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya
beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad,
aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah
bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan
amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para
malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya,
solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti
suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat
dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata
kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal
perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya,
sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan
kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh
adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan
para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T
telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan
sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal
orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka
semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban
Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul
soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga)
pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui
hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat
para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
KISAH PENDETA YANG
INSAF
Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali
Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau
pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya,
"Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan
kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku
berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."
Bila dia melihat aku dia pun berkata,
"Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab, "Ya,
tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."
Maka berjalanlah Ibrahim bersama
dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan
rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu
bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan
yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas
Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku,
Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru
engkau ini."
Belum pun habis Ibrahim berdoa,
tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air
minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan
seronok sekali.
"Sesudah itu aku pun meneruskan
perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi,
aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari
sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba
turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."
Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku
melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan
dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal
ini) kepadaku."
Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim,
tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan)
engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah
membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah
dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku.
Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan
seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."
"Maka sucitalah aku setelah
mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga
sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal
dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan
olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia
sedang bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu bersembahyang
maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku
dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku
denganmu."
Sebaik sahaja dia berkata begitu,
tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah.
Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas
pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan
pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang
begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun terus
bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah
dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan
Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu
kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah
bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di
akhirat."
Begitulah persahabatan di antara dua
orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan
memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat
keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan
mengalami ajaran-ajarannya."
KISAH SI PEMALAS DENGAN
ABU HANIFAH
Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah
sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka,
terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.
Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini,
agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak
dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku
sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas
ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah
berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak
diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia
terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu
meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah
mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas
beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi
wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar
kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh
diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon
kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan,
tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah
melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah
Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan
lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini.
Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung
nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu
Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari
luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu
riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan
itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara
bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian
'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak
redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk
keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka
pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri
tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam
tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan
orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus
asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu.
Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat
juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera
pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat
itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia
tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar
dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun
berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi
melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran,
istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita
untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.
PAHALA MEMBANTU
TETANGGA DAN ANAK YATIM
Pada suatu masa ketika Abdullah bin
Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua
malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain,
"Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus
ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa
banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang
diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia
tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada
tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar
percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat
ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke
rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera
ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu abdullah bin Mubarak bertanya
padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai
darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin
berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang
tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku
berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium
bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah
jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa
membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan,
kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku
dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa
pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan
kamu."
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku
segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan
kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan
anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan
pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan
bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya
apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya
Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk
syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu
orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya
Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada
tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik
dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
MAKANAN DARI HASIL
TILIK
Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang
menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan.
Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu
Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang
aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"
Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu
lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat
makanan ini ?"
Hamba menjawab, "Sebelum aku
memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya
kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya
apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang
memberikan aku makanan ini."
Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar
memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan
yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya
dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini
diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.
Kata seorang pemerhati, "Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang
sedikit."
"Aku sudah pasti memaksanya keluar
walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku
mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan
merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar
takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."
KISAH WALI ALLAH YANG
SOLAT DI ATAS AIR
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan
dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di
Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir
dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam.
Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia
Ketika semua orang berada dalam keadaan
cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia
kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun
dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan
mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama
dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata,
"Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki
itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil
lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah
orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki
itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah,
tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam
ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu
kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa
yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan
semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan
harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai
wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua
selamat."
Wali Allah itu berkata lagi,
"Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah
seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang
sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal
yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang
perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa
yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang
tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu
berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah
Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai
wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta
fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah
kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya
kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya
tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan
dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air,
kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula
bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu
timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang
perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang
ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila
sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan
janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah
sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.
PAHLAWAN NERAKA
Suatu hari satu pertempuran telah
berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak
berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat
pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas
masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para
sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku
itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata.
Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat
mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti
seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah
menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita
yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun
menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar
jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu
gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan
antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak
begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman
dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka
parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan
segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu
pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam
dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah
kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya.
Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya
sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan
masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk
neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum
dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan
kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan
kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman
Hakim.
TIDAK AKAN MASUK NERAKA
ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUT PADA ALLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah
sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar
menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan
sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk
dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut
matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah
bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah
mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat
takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba
itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang
pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S
mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah,
diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam
dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua
umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni
merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya.
(Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah
kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka,
mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan
dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh
500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga
Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)
kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku,
umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti
gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata,
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang
ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang
berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu
tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api
neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air
dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah
air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan
menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka
Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka
padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "
Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut
kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
KISAH LUQMAN AL-HAKIM
DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada
suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar,
manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu,
setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa,
sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari
orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di
atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula,
"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar
itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu,
Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki
seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar
percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian
terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan
himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak
itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas
seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia
mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa
mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap
satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada
anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu
tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa
kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah
akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya
(keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah
orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
KISAH MALAIKAT JIBRIL
DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Dalam sebuah kitab karangan Imam
al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai
al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya
disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit
keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi.
Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya
disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka
Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata,
"Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik
daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada
tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang
maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis
memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana
bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya
malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat
kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai
sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur,
tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari
para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak
pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya
pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan.
Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging
yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu
seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.
Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti
bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat
sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari
syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan
masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga
ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya
sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak
ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga
pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya
iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab,
"Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud,
"Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata,
"Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku
tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud,
"Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi
adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah
lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan
seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka
adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan
kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki,
ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang
naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada
harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam
haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan
menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang
dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara
syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza,
menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata
pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah
mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud
: "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara
engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang
berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."
NABI ILYAS A.S DAN
MALAIKAT
Ketika sedang berehat datanglah malaikat
kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar
berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
"Mengapa engkau bersedih?"
tanya malaikat maut.
"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.
"Apakah engkau bersedih kerana akan
meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.
"Tidak. Tiada sesuatu yang aku
sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah,
sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah," jawab
Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu
kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada
Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup
semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang
hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk
berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata
Allah.
BANGUNAN YANG TIDAK
ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI
Diriwayatkan seorang raja berhasil
membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja
itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap
pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan
kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak
ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa
kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka
ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota
ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya
akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak
akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh
rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu."
Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya,"
jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan
segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi
ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang
sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke
jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan
kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.
KISAH BERPISAHNYA ROH
DARI JASAD
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a
katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah
S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana
menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke
dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah
berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil
meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya,
dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku
berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku
sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku
menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya
bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul
Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W
bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku,
"Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata,
"Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan
lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana
anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata,
"Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai
anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi:
"Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika
ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat
semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal
perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang
lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya
sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W :
"Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang
yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di
masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari
badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya
untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia
melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk
mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh,
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan
sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,
"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air
dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku
terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata
roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok
tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan
dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka
mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau
kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah
anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada
mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat
berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah,
maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah
meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang
kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam
keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah
kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka
sehingga hari kiamat."
KISAH SEORANG KRISTIAN
MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA'
Alkisah disebutkan bahawa di kota Array
terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah
seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan
Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi
kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka
berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging
dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas
waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin
itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak
menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar.
Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu,
ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah
si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari,
ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan
dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari apakah
hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata
si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya
orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan
hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa
hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya
memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham
sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta
sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan
gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam
tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata suara
dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di
hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari
batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang
berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang
sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan
ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta
sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,
iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian,
"Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua
buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan
tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin
yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu
kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai
Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan
sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu
kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu
membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui
kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
KISAH UNTA MEMATAHKAN
RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W
Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy
untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka
Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini
tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap
Rasulullah S.A.W.
Melihatkan agama Islam semakin tersebar,
Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai
kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya
dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang
kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu
sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan
ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua
samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari
ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang
mereka sukai."
Tatkala mendengar jaminan daripada Abu
Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak
kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau
kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."
Orang ramai yang menghadiri perhimpunan
itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia
akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi
Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka
selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan agama
Islam di kalangan mereka.
Dalam pada itu, terdapat juga para
hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta
sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah
mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa
serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan
kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.
Dengan perasaan bangga, keesokan harinya
di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi
Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia
berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh
beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya
ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas
kepala Nabi Muhammad S.A.W.
Sepanjang perjalanan itu dia
membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak
oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi
Muhammad S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana
kaum QUraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh
musuh nombor satu mereka.
Sebaik sahaja Abu Jahal tiba di
perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah S.A.W baru sahaja sampai dan
hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak
menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak
pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada
hari itu.
Sebaik-baik sahaja Abu Jahal melihat
Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari
arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan
berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda.
Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal
memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka
berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."
Sebaik sahaja Abu Jahal hendak
menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang dipegangnya itu,
tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga
jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah
tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi
Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.
Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke
bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan
itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh
baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik sahaja dia sedar dari kejutan
peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya
yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi
kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala
Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"
Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu,
rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini
seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba
sahaja diam membisu.
Dalam pada itu, Abu Jahal masih
terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara
yang sama akan berulang menimpa dirinya.
Perkara yang sama pernah menimpa Abu
Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani
mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu
Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua
ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.
Kemudian setelah habis mereka menghujani
Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai
sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik sahaja aku menghampiri Muhammad
hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang
besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta
yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan
matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan
niatku."
Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa
mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah
dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata
sahaja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W
dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong sahaja.
Setelah mendengar penjelasan dari Abu
Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal
dengan perasaan kehairanan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad
tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang
engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."
Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan
segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal
sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan
terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan
lagi.
JURU DAKWAH YANG TIDAK
GENTAR
Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud
menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk
mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam.
Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas
kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak
mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah
dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat
yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama
para pedagang Arab itu.
Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah
kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas
keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail.
Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap
mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak.
Para pedagang yang licik tadi berteriak,
"Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai
kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak
belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih
buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka
segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.
Terjadilah pertempuran seru antara enam
pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh
lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah
menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur.
Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua
orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.
Apalah daya dua orang pejuang, betapa
pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ?
Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat
dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah.
Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah
majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada
budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik
matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu
Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai
sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.
Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf
berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya
dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil
oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli
Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat
Islam.
Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid
diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid
akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah
melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang
algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang,
"Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad,
sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"
"Janganlah begitu," bantah
Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah
tertusuk duri kecil di rumahnya."
Abu Sufyan menjadi marah.
"Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah
parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid
bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni
syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy
lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai
tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak perna menemukan
seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."
Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang
pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang
berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati
diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib.
Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat.
Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam
suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya
sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi
Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka
solatku akan kulakukan lebih panjang."
Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi
sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur
sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka
yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah
padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak
jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup
keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat
menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan
KUBUR BERKATA SEWAKTU
SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a.
meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali
bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan
(anak Fatima r.a)
3. Husin
(anak Faimah r.a)
4. Abu
Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan
di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,
"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu
? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah
S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya
tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah
tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku,
tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari
aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau
seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat
perkara semuanya :-
1. Hendaklah
ia menjaga solatnya
2. Hendaklah
dia bersedekah
3. Hendaklah
dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah
dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca
tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi
ialah :-
1. Jangan
berdusta
2. Jangan
mengkhianat
3. Jangan
mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan
kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya
kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan
terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama'
atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu
tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan
tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh
yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa
kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat
Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata
kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu
kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan
Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh
menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak
berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur
jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya
sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan
membelanya dan begitu juga seterusnya.
CINTA SEJATI SEORANG
IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA
Wanita itu sudah tua, namun semangat
perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata
yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya.
Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap
dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia
merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia
pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia
mengingatkan aku pada Sakhr, malang .
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak
kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka,
nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian
dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para
pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu
bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah
diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah
mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar
Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua
Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai
41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar
ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam
kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan
tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada
putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu
telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela
pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian
adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah
mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku
tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah
perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum
muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang
kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat
dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah,
dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah
kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera
Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika
kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah
untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah
pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan
kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke
dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya,
semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat
tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah
berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu
solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau
syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan
agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan
satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran
besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah
200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin
akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut
peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka
tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang
dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua
kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan
nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya
Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh
yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap
musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan
melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan
rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh
bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera
melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat
keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar
bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang
mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan
tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal
membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi
kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus
pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun
bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa',
bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah
lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok
itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa
dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya
yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada
mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan
tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung
di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan
gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang
cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak
tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk
memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya,
akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari
200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul
dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di
medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang
syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga
ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa
keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu
dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah
dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah
memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku,
agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan
rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah
bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat
puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula
wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu
kepada orang-orang yang mati syahid."
KISAH PERLAWANAN ANTARA
SEORANG LELAKI DAN IBLIS
Suami isteri itu hidup tenteram
mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang
dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah
seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya
mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya
agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika
segala-galanya serba cukup.
Pada suatu hari, lelaki yang alim itu
berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat
sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata
orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu.
Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami
mereka setia atau dagangnya laris.
"Ini syirik," fikir lelaki
yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh
dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia
terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan
lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam.
Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak
menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum
sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi
besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?"
tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya
mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya
sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan
dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka.
Sudah pulang sahaja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti
dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!"
bentak iblis marah.
"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada
pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis.
Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh
dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian
dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran
saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya
berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di
bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja
berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Mendengar janji iblis dengan wang emas
empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan
isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan
isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh
menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah
dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya
tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang,
dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat,
empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari
yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai
terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada
hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa
lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin
sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab,
"Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar
sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas
suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya
kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak
si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku.
Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya,"
sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya.
Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang
syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah
menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya
menggegar.
"Mahu menebang pohon," jawab
si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh,
sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang
hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai.
Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa
engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama
sekali?"
Iblis itu dengan angkuh menjawab,
"Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar
rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku
menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar
dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun
kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku.
Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim
tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas
kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan
niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang
sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang
semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang
berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan
Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan
hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat
sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya
(kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan
lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan
hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim
KISAH ASAL USUL BEKAS
TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk
membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan
anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat
yang harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa
Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan
anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar
melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahawa
tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya
binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka
sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi
Ibrahim dan anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan
pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula
mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud,
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail
meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan
berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya
Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).
Apabila binaan sudah meninggi, Nabi
Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim
dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah
S.W.T sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka
terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga
hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T
mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman
Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat
sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).
Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu
adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah,
maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat
manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
"Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka
akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan
berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk
rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).
Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung
(Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana
beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya
Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu
semua tunaikan haji di sana."
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke
kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W>T menyampaika seruan Nabi
Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah
pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan
sah tanpa talbiah.
Bacaan talbiah antara lainnya,
"Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan
panggilan-Mu ya Allah.
Menunaikan haji adalah salah satu rukun
Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu
melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari
menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang
melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu,
hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya
menunaikan haji.
Kalau kita menunaikan haji tanpa
mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan
sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca
mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.
Bagi mereka yang mendapat kenikmatan
haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh
Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna.
Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal,
sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah
S.W.T.
FATHIMAH AZ-ZAHRA RHA
DAN GILINGAN GANDUM
Suatu hari masuklah Rasulullah SAW
menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang
menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan
tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya,
"apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT
tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda,
penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda
menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan
perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya)
mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan
mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya
ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil
syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam
penggilingan tangan itu seraya diucapkannya
"Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan
sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam
penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan
itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai
bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
Rasulullah SAW berkata kepada gilingan
tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka
penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan
izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata.
Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah
Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan
Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan
Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah
mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)
"Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka
mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak
hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda
kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah
satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka
bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.
Rasulullah SAW bersabda kepada
anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya
penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT
menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya
beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah,
perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka
Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu
kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.
Ya Fathimah perempuan mana yang
berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT
menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan
mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci
pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang
yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada
seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi
hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air
telaga Kautshar pada hari kiamat.
Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu
semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha
denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah
bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan
Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan
mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya
seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT
mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni
berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya
seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal
tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT
akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta
beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.
Perempuan mana yang melayani suaminya
dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka
Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya
sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu
dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah
untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang
tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan
rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat
untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka
berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu
maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan
sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut
suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka
Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan
meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api
neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".
WAHYU TERAKHIR KEPADA
RASULULLAH SAW
Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat
3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah
pada musim haji penghabisan [Wada'].
Pada masa itu Rasulullah SAW berada di
Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas
penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat
tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau
pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada
hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh
itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini
adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka
Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah
Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para
sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
"Agama kita telah sempurna. Agama
kila telah sempurna."
Apabila Abu Bakar ra. mendengar
keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia
pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar
ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis
telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di
depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah
yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya
kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan
pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para
sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah
kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan
kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia
menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi
yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari
Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu
mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para
sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa
yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya
Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati
banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau."
Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah
muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra..
Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW
melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya
Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda
bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu
Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah
benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah
dekat".
Setelah Abu Bakar ra. mendengar
pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia
jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya
Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya
hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta
baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW
sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra.,
"Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke
mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan
tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan
dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah
maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut
dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata:
"Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil
tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk
apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah,
Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya
Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya
untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan
Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun
membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima
tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu
Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah,
janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua."
Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka
dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua,
sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."
Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang
yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan
janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata,
"Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu
dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan
berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah
cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata,
"Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW
"Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya
Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju."
Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka
menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW
maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya
ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini
adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT
dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu
sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata,
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah
memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam
syurga."
Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat
maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata:
"Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan
mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan
kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada
Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku
dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku
dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku
ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat
lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua
masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan
yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras
dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus
kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam
penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda
sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul
nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku,
aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah
aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai
bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran
dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di
antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran
dari mati."
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian,
maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit
selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari
Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal
ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW.
Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam,
"Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra.,
"Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra.
mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid
tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak
lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam
seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh
Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya
penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan
shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar
kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka
Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW
katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat
mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia
jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam
masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai
Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata:
"Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian
Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW
bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW
sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai shalat subuh maka
Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa
dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku
akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian
maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan
kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku
dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke
rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka
masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka
hendaklah kamu kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat
perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang
Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka
ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma
danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata;
"Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang
semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah,
siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya
Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan
kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya
dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah
SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?."
Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat
yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan
kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah
mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis
sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka
beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian
Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun
masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu
Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu,
itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan
kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu
tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit
dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian
Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.
Apabila Rasulullah SAW melihat
kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata:
"Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril
AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril,
beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT"
Berkata Jibril AS , "Sesungguhnya semua pintu langit
telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua
pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti
kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang
kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS,
"Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang
semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan
aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang
aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah
SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu
Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat,
maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa
mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW
apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS
itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka
melihat wajahku?" Jibril
AS berkata: "Wahai kekasih
Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul
maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah
sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar
kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya
Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua
bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan
Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah
SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai
Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang
gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu,
kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah
kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar